Pada ketika itu, saya sedang mencari pekerjaan. Banyak temuduga yang saya pergi dan setiap kali saya pergi temuduga setiap kali itu juga saya akan nangis. :) (Maaf... saya memang kuat nangis sejak bergelar ibu.. sebelum ni suka gak nangis, tapi sejak jadi mak ni lagi bertambah kuat nangisnya. )
Bukan menangis kerana takut untuk ditemuduga. Tetapi saya menangis kerana bimbang jika saya dapat jawatan tersebut. Hati saya amat berat untuk tinggalkan anak saya yang ketika itu masih menyusu badan. Tapi pada masa yang sama, saya tersepit. Ada tanggung jawab lain yang perlu saya laksanakan. Hutang PTPTN masih banyak belum dijelaskan. Duit poket untuk ibu ayah.. Emm..
Dan setiap kali saya memikirkan tentang kerja dan melihat anak saya, saya akan menangis. Saya berdoa kepada Nya agar ditunjukkan jalan agar dapat menyelesaikan masalah saya. Sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik buat saya. Orang sekeliling tak habis bertanya, kerja di mana? Kerja apa? Membuat saya bertambah pening dan runsing.
Entah macam mana ketika, saya masih sedang mencari kerja di Internet, hati saya tergerak untuk mencari doa murah rezeki.
Dan ini yang saya temui:
- Membaca surah Al-Waqiah setiap malam.
- Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid
Sabda Rasulullah SAW: " Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)
Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)... (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu
terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada
waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita
dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab
Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan
jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa
dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu
Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda
bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang
bacalah: (Doa di atas). Kata
Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah
menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan
hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-
Khudri).
Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar
datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah
mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa
Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa
itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam
mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa
di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu
bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah
tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah
berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku
suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan
hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung
hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama
kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku
dapat bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-
Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)
Sabda Nabi SAW: “Doa saudaraku Yunus amat
menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya
tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa.
Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan,
ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu
hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya
dimakbulkan untuknya.”
menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya
tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa.
Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan,
ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu
hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya
dimakbulkan untuknya.”
Doa ini yang sering kali saya baca selepas solat. Dan setiap kali itu saya akan nangis.. (Nangis lagi.. Biasalah ratu air mata. Mak saya slalu pesan, kalau doa minta sesungguh hati. ) Jadi setiap kali saya baca doa berserta maknanya, saya akan nangis. Dalam hati berkata, hanya kepada engkau aku memohon pertolongan, sesungguhnya engkau lebih tahu apa yang terbaik buatku. Lebih memahami masalah ku. Tiada yang lebih mengetahui.
Dan tidak sampai sebulan, saya mendapat jawapan. Dibukakan jalan. Tidak semena-mena tawaran untuk memulakan perniagaan ini bermula. Tawaran yang tak pernah terlintas dalam fikiran.
Kini, alhamdulilah, rezeki datang tanpa disangka. Saya sendiri tidak pernah terfikir akan jadi begini. :) Jauh terpesong dari apa yang saya pelajari. Tapi saya kini lebih tenang, lebih gembira, lebih banyak masa untuk DIA.
Moga2 amalan ini dapat diamalkan juga oleh sahabat2 yang lain. Ingat, jika ada rezeki lebih nnt, jangan lupa menunaikan tanggung jawab kita. Jangan lupa bagi kepada yang berhak- (Zakat, ayah ibu). Insya allah rezeki akan lebih diberkati dan melimpah ruah. Amin
salam,
ReplyDeleteterima kasih kerana berkongsi ilmu & rahsia.. insyaAllah akan diamalkan selalu..
x pe matus, kalau bukan rezeki kita di sini, mungkin rezeki kita di sana nanti, insyaAllah..
tahniah kerana berjaya dgn bisnes ni.. =)
oh ye, selamat hari raye, maaf zahir & batin!
Salam..
ReplyDeleteThanks kerana singgah..
Sama2.. Moga2 hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmatinya.
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kembali.. :D
hehehhe..takpe maton aku bangga ada kawan mcm ko. Kita sama belajar bagai nak rak last2 buat bisnes lebih seronokkan :D
ReplyDeleteHahhahaa..
ReplyDeletelawak jer pikir balik Catz..
Dulu blajar tertonggeng2 nak paham,sekali keje bidang lain. huhuhu
Tapi yang penting ku happy..
toksah risau ttg anak, outstation.
Aku kluar, anak aku pun kluar.
huhuhu.. hati pun senang
salam..
ReplyDeletetrm ksh sbb bkgsi pngalaman & serba-sedikit doa untuk panduan hidup.
Sama2.. moga2 hidup kita lbh diberkati.
ReplyDeletesalam matus,
ReplyDeleteni k salmi yg dtg buat rombongan dr banting bli bj renang dr matus heeh..
akak da wt entry utk matus..tgk yeah...:)
http://mamaaliff.blogspot.com/2010/01/swimming-oh-swimming.html
tada...
terima kasih sharing doanya,
ReplyDeletenice blog
TIMA KASIH KONGSI ILMU DI BLOG SAYA PUN ADA GAK AYAT INI SEMOGA KITA BERSAMA SAMA BERUSAHA UNTUK MENAMBAH REZEKI...AMIN
ReplyDeleteSALAM SAYA MEMINTA KEBENARAN UTUK MENGAMBIL APA YG ADA TULIS DISINI SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA
ReplyDeleteSEMOGA MENDAPAT RAHMAT HENDAKNYA
TERIMA KASIH
tanpa sedar ,air mata kakak mu ini meleleh wahai adikku..akak nyer pun cengeng gak..hehehe
ReplyDeletesalam..ingatkan saya je ibu yg tak sanggup tinggalkan anak.tak sanggup bila memikirkan aurat anak-anak saya dilihat oleh yg bukan muhrim.risau serba serbi.akhirnya saya memilih perniagaan sebagai usaha utk membantu suami.saya tekadkan usaha dgn melupakan mkn gaji.walaupun usaha saya belum sampai ke tahap yg dibangggakan tapi saya yakin inilah pilihan yg terbaik.Insyaallah..saya juga amalkan surah al waqiah dan mcm2 lg..t.k dgn ilmu yg dikongsi.
ReplyDeleteSalam matus..
ReplyDeleteKak sya kagum dgn matus... x pernah putus asa...Allah telah janjikan rezeki utk kite....rezeki ade di mane2 cume kdg2 kite x tau yg mane satu tlh dijanjikan utk kite...
trime kasih brkongsi ilmu... di doakan moga sukses dlm biz matus nie...
Halimatus Sa'adiah,
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu yang sungguh bermanfaat ini. Izinkan saya mengamalkannya agar lebih diberkati. InsyaAllah. Moga kita semua umat Islam di seluruh dunia terus murah rezeki. Terima kasih sekali lagi.
Bila baca entry ni yg last sekali tu..tiba tiba teringat dgn diri sendiri. Saya pun lebey kurang jugak macam ni...sikit2 nak nangis..tp siapa la faham jiwa cam kita ni..luluh sgt. Tapi nak wat camne..best gk kan..org lain x merasa nikmatnya.
ReplyDeleteDiharap agar perkongsian ini lebih membuka pintu rezeki Halimatus. Saya pun dalam usaha nak berniaga. xleh jauh dgn puteri sy + poon takut kalau dpt keja disuruh keja jauh...hehe... serupa rupanya
terima kasih di atas ilmu ini..insyallah saya akan amalkan dan berharap bisnes saya berjaya seperti anda...amin...
ReplyDeletesangat terharu dengan entri ni. sngat berguna. minta konsi, terima kasih :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteakak,terima kasih kerana kongsia rahsia kejayaan ni,akan saya amalakan untuk masa depan yang lebih cerah..may Allah bless you..thank you...
tahniah atas kecekalan hati ukhti...terima aksih satu perkongsian yg sgt bermanfaat. insyaAllah sy akan mengikuti jejak langkah ukhti.ameen.
ReplyDeletesalam, mntk sharing ye..
ReplyDeleteTQ
salam..saya mintak untuk copy n salinan post ni...bukan utuk tujuan keuntungan..tetapi..ak di fword kan kpd rakan2....harap dihalalkan....tip yang baik dan berguna...terima kasih
ReplyDeleteSalam...t.kasih dgn ilmu yg berguna ini utk amalan seharian..minta izin utk di kongsi..
ReplyDeleteTe kasih ats perkongsian ilmu..
ReplyDeleteSalam..Terima kasih dg ilmu yg berguna utk amalan seharian. Sy minta izin utk di kongsi...
ReplyDeleteThanks
ReplyDeletesalam .. terima kasih sedia berkongsi pengalaman dan ilmu.. saya minta izin untuk copy yer..
ReplyDeleteAssalammualaikum wbt.
ReplyDeleteSungguh bermanfaat ilmu yang diberi. Terima kasih. Mohon izin untuk dipanjangkan di blog saya. Semoga kita semua dimurahkan rezeki yang diberkati. Amin Ya Rabb.
assalamualiakum..terima kasih atas perkongsian ilmu yg bermanfaat..minta izin utk copy ye..tq..(^_^)
ReplyDeleteassalammualaikum..
ReplyDeleteterima kasih kerana berkongsi ilmu..
saya pon seperti anda secare tiba2 tergerak untuk mencari doa murah rezeki dan ALLAH telah menemukan kita.. alhamdulillah...terima kasih sahabat maya :)
Terima kasih kerana berkongsi ilmu..
ReplyDeleteAs Salam puan... Alhamdulillah, sy ucapkan terima kasih dgn perkongsian puan... moga puan dimurahkan lg rezeki dr ALLAH... Sy mohon bleh kiranye sy copy dan simpan segala hadis dan ayat suci ini. Insya-ALLAH sy panjangkan kpd rakan2 lain jg.
ReplyDeleteassalam.mcm mna nk contact pn.. sya nk beli baju renang
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMohon izin mengamalkan nye...cik matul
ReplyDeleteAssalamualaikum...mohon izin sy amalkan dan copy yer...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian puan. Minta diHalalkan ilmu dan amalan yg dikongsikan untuk saya amalkan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBaccarat: how to play with baccarat - Rovelli
ReplyDeleteIn a casino game, the object of each round is 바카라사이트 to beat the worrione dealer by either a card or other card. The 제왕카지노 game of Baccarat is a popular game, as the game